whatever.
aku dah malas nak selindung. ehh ape ape lah perkataan selindung tak sesuai langsung nak pakai.
aku bengang dengan diri aku sendiri ke apa ni ha? aku rasa hidup orang lain yang penuh komplikasi, cehh bila guna perkataan komplikasi dah bunyi macam doktor pakar beranak beranak sebab cakap pasal komplikasi, hidup lagi ceria dari aku.
ok fine lah aku ni kepoh dan perengus, apa orang panggil dalam bahasa orang putih, grumpy? alaaaah comelnya panggil grumpy ;), dan merupakan seorang yang suka merosakkan perasaan dan suka syok sendiri, tapi bukan syok sendiri macam karaoke tu tapi ada lah jugak sikit sikit. tak percaya tanya laily azwa kerana dia lah yang selalu kena dengar aku melalak dan segala bagai dalam bilik, dan dia adalah mangsa ke-grumpy-an gua. waaa salute same lu ah leili!
tapi kadang kala ke-grumpy-an tu adalah secara melampau dan terlalu mementingkan diri. satu lagi masalah, aku layan orang yang buat baik dekat aku macam sampah, and orang yang jahat dengan aku, aku layan dia macam walawei superb. terbalik.
contoh terbaik pun sila rujuk kepada laily azwa. dan juga nadira zuhri. dan juga shikin shariff. ni memang nangis kaw kaw bila aku dengan cik nad hasut ignore shikin sampai pergi menangis dekat fatin. ni nama dia hipokrit dan mengambil kesempatan. ye lah kan. ehh tak kesahlah.
dan saya adalah seorang yang suka bercakap perihal hati dan perasaan, cinta lah maknanya, tapi saya tidak suka terlibat. yea i love to look at my friends who are happy with their partners and lovvvvve to hear new gossips pasal kawan kawan yang sedang hangat bercinta, macam lisma dan zul contohnya, tapi saya tidak suka terlibat dengan cinta. sebab biasanya, cerita cinta saya akan penuh dengan kesedihan dan kesengsaraan.
i have got nothing to give to my partner (if i have one) except for my grumpiness and my fats. haha boleh buat pendermaan lemak selepas ini.
lepas tu, saya juga ada masalah dengan teman yang paling rapat sekali dengan saya, azizul nazim. ok bukan gaduh gaduh, tapi seseorang tu, perlu lah terima azizul nazim tu seadanya. sebab saya 24/7 pun message azizul nazim, received calls, missed calls, semua pun kalau tak dari golo 1, akan daripada golo 2, dan golo's houze. jadi, bakal teman lelaki saya tu tidak perlu gelabah kalau spot-check hp saya and ada lebih banyak msg golo dari message dia.
fine tah bila aku boleh berpisah dengan mamat golo ni pun aku tak tahu, tapi itu lah hakikat. ramai susah nak terima and mungkin ramai pandang serong mungkin, siapa tahu kan hati manusia, tapi kitorang tahu apa kitorang buat dan apa kitorang rasa. persahabatan yang seronok sebenarnya ;)
lepas tu, jealous. aku sendiri pun tak tahu sampai mana tahap jealous aku. once dah jealous, memang jealous dia tahap melampau. tapi sekali ignore, memang aku ignore tahap kau "eh perempuan ni tak ada perasaan ke apa?". haha yea ni pun tanya golo lah. and susah sebenarnya nak bagi gua jealous, unless benda tu betul betul bagi effect dekat hidup aku.
ohh yea one thing. aku tak suka rahsia. because bagi aku, rahsia tak berguna. yea ah kan. kalau jadi perempuan, "ehh ni rahsia tau, jangan bagitua". hehh kalau dengan aku, jangan harap. rahsia tak rahsia, gua bedal je bitau orang unless benda tu betul betul menyusahkan dan antara maruah darjat dan segalanya. mulut gua memang mulut tongkang pecah sikit ah. that's why girls tak suka bitau aku rahsia. memang esok habis ah. ehh ataupun, kalau aku rasa rahsia tu tak ada berkaitan dengan aku, aku memang buat tak tahu sampai lupa. haha tapi lately ni, aku pandai juga simpan rahsia, ehh bagus!
kesimpulan post ni sebenarnya, aku nak cakap aku tengah tak tenteram hati. papa is going to do his haj this saturday, tapi entahlah. haihh. semua pun dah bercampur cakap macam roti canai. macam pulak ada orang nak baca kan. ye ah. entry lately semua b-o-s-a-n cam hape. dah tak ada gelak ketawa.
ohh iphone memang gila babi rosak sampai papa pergi bagi je dekat uncle harriz.
ok lah. bye
xoxo,
-MF